home follow about Extra
4 Perkara untuk sihat
Saturday, January 28, 2012 @ 6:33 AM | 0 notes

Nak tahu tak , apa empat perkara untuk sihat ? Ini petua dari Imam Syafie tau . Lihat ler :

 

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


10 tanda ucap 'I LOVE YOU'
@ 6:29 AM | 0 notes

:51: Album GambarBeli sebuah album dan korang letakkan gambar korang dengan boy/girl korang tuh. Setiap muka surat , korang letak lah kata-kata yang indah . Baru lah lebih hayati ,and menarik kan ? Cuba lah ^^ Lyssa pun ada buat satu ALBUM CINTA.
hehehe ^_^ . Tapi , my boyfie tak tahu , kalau dia tahu , mesti dia terharu. ohokk . Saja tak nak bagitawu . suprisee !
:h:


:60: Sekumtum Bunga
Ini bagi lelaki .. Letakkan sekumtum bunga di hadapan pintu rumahnya di pagi-pagi hari .. Mesti si dia seronok gila bila tengok bunga ada di di depan pintu rumah sebelum pergi keje or kolej . hehe .Walaupun harga sekumtum bunga itu agak murah tetapi nilainya pada si dia amatlah berharga dan lebih berharga daripada harga harta bendanya sendiri . hehe :h:

:54: Message Puzzle
Ini menarik untuk dipraktikkan . Tapi , Lyssa tak buat lah lagi . hehe .Korang buat sebaris ayat cinta.. Kemudian potong kan nya , menjadi puzzle.. Berikan pada si dia untuk mencantumkannya. For sure korang takkan menyesal punya bila lihat reaksinya menyelesaikan puzzle tu. Wah , romantiknya ! :h:


:47: Puisi Romantik
Luahkan cinta korang tu melalui puisi atau madah ciptaan korang sendiri dan berikan kepadanya. Lebih baik lagi korang semburkan lah minyak wangi kesukaannya di atas kertas itu . Cara ini akan mengingatkan si dia pada kamu sentiasa. :h:


:33: Love List
Berikan si dia senarai atau 10 sebab kenapa korang mencintai si dia. Tuliskan dengan ikhlas dan jujur . Sebaiknya , korang hantarkan melalui pos kepadanya. Kalau korang hantarkan sendiri . ia nya tak menunjukkan ianya istimewa . Malah , perkara yang biasa je tuh . hehe . Cuba lah , pasti si dia , akan lebih mencintai diri korang . :h:


:27: Gambar Terbaik
Korang tengok balik gambar-gambar yang korang pernah 'snap' dengan si dia.. then korang carilah gambar yang cantik dan ada kenangan manis . orang Framekan gambar tersebut , dan hadiahkan kepada nya! Pasti si dia suka dan tersenyum melihatnya ! Try lah .hee~~ :h:


:108: Hadiah Buatan Sendiri
Bagi yang ada kelebihan menjahit , bolehlah korang gunakan kelebihan yang korang ada . Korang buatlah skaf untuk si dia .Tak pun , korang beli sapu tangan ke , jahit nama korang dengan si dia . Dan hadiahkan lah kepada nya . Lyssa jamin , pasti dia suka melihatnya . Dan kepada orang lain yang tak tahu menjahit , korang boleh jugak buat kad sendiri yang cantik dan menarik . mesti si dia kagum dengan kamu . Dalam kad itu , boleh lah korang luahkan perasaan cinta kepada si dia . Wahh ! Lyssa lain . Lyssa suka bagi surat dekat boyfiee Lyssa tu . hehe . sampai sekarang , dia masih simpan ! tengok , korang pulak , cubalah dengan cara ini yer. :h:


:81: Kongsi Rahsia
Ok , ini pun menarik . Korang beritahu lah rahsia korang kepada si dia yang tidak pernah korang beritahu pada sesiapa termasuklah mama n papa korang . Si dia pasti akan berasa bangga dan dihargai kerana korang begitu mempercayainya. Dengan cara ini , dia sudah yakin yang korang betul-betul mencintainya! :h:


:74: CD Lagu kegemarannya
Hadiahkan CD lagu kegemarannya . tetapi , biarlah yang berunsurkan cinta . Pasti dia menghayati lirik-lirik lagu yang kamu beri kepada nya . Kata kepada yang lagu itu , amat bererti bagi korang sebab ianya mewakili hati korang untuk si dia . hehe . meanrik kan ? :) :h:


:64: Menonton Wayang
Hehe , biarpun korang bercinta, namun ada jugak citara korang dengan si dia yang berbeza kan ? Apa kata , korang korban kan sedikit , untuk menonton movie kegemarannnya , biarpun korang berkorban , dari situ , si dia akan lebih sayang korang dan mengetahui ,bahawa korang benar-benar mencintainya. dan si dia yakin yang korang boleh mengikut ke mana saja kerana cinta korang tu. Dan lagi satu , bila dah tengok wayang tuh , jangan dibuang pulak tiket wayang tu . kumpul dan simpanalah . satu hari nnti , korang tunjukkan yang korang masih simpan lagi tiket-tiket wayang tu sbg kenangan korang dengan si dia ^^ :h:

Tanda-tanda boyfriend anda pencita yang hebat
@ 6:08 AM | 0 notes

Sanggup melakukan sesuatu untuk kekasihnya
Maksud Lyssa dekat sini , boy korang tu , dengan hati yang rela ! (bukan terpaksa) sanggup dan bersungguh-sungguh melakukan apa yang anda inginkan. Contohnya macam Lyssa lah kan .. Lyssa memang suka and nak sangat jumpa dia setiap hari :) Dia dengan senang-lenang nye , cakap ..
"Ok bb . Setiap hari kita jumpa ok ? B balik kerja , terus pergi rumah bb..". 
Wah ! Memang best kalau boy ikut je cakap girl dia :)


Selalu menghiburkan hati kekasihnya
Yer . Sewaktu korang sedang bersedih , moody ataupun tengah marah-marah boy korang tu .. Dia sentiasa ada untuk menghiburkan balik hati korang. . HEHE. Mulalah time tu , dialah orang yang banyak cakap . Itu lah .. ini lah ..Macam-Macam cara dia buat untuk gembirakan kekasih hatinya itu :)


Sentiasa menasihati kekasihnya
Ok . Laki mana yang takk sayang bini oii . haha. Nak tahu dia tu pencinta yang hebat , dia selalu akan menasihati korang . Ye lah . Mana tak nya . Andaikan dia betul-betul serius untuk jadikan korang tu sebagai teman hidupnya , sudahh kompom-kompom dia akan menasihati korang supaya bertingkah laku sopan ciket , jangan itu lah . jangan ini lah . kan ? Lyssa ni , selalu sangat kena nasihat dengan Mr.Pritt tuh . haha . Macam-macam :) Mana tak nya, Lyssa ni degillah orang nye . ahaak2!


Berusaha mengongkong kekasihnya
Benda inilah yang gurl-gurl diluar sana paling tak suka kan ? (dikongkong!!!)
Ishk.ishkk . Lyssa pun memang tak suka dikongkong. hehe. Tapi , nak buat macam mana.. Lelaki yang betul - betul cinta dekat girl dia , mesti ada perasaan yang kuat cemburu kan ? Apa lagii . Kena kongkong lah jawabnye. :)
Nak buat itu tak boleh .. Nak buat ini tak boleh . ehee~ Apa2 lahh~


Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya
HAHA . Keadaan ini , nampak sangat boy korang cemburu buta tahap gaban punya. haha .Sampaikan dengan lelaki lain pun tak boleh rapatkan ? Ahaa . Ye lah . mana tak nya .  Serius ! Dia sebenarnya , tak nak kehilangan korang lah tuh . Dah sayang sangat .. Takut-takut nanti , korang lari pergi ikut jantan lain pulakk . Kan dahh hancur hati laki yang betul-betul sayang korang tuh . Tak gitu?


Kuat merajuk sebab...
Ehee. Lelaki kuat merajukk ?? Eee..yuckss ! HAHA. Lyssa tak suka sangat lelaki yang kuat merajukk nih . Mana takk nye . Aduhh. Lyssa mana lah pandai sangat pujuk-memujukk nih . hehe . Ye lah , lelaki yang pandai dan kuat  merajuk tu, sebenarnya ingin dipujuk oleh kekasihnya . Dia nak perhatian lebih dari girl dia lah tu . So , pandai-pandai lah korang pujuk ye :)


Tidak akan melayan perempuan lain 
Haa. Yang ini memang Lyssa betul -betul "salute" ah dengan Mr.P Lyssa tu. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tak de urusan penting dengan dia. Perempuan mana yang sanggup tengok boy dia bermesra dengan perempuan lain kan ? Panass beb! Panassss ! hehe .<<kuat cemburu betul aku nih:)


Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya
Rasa-rasanya, ini memang terbukti ada pada Lyssa. hee~ Mana lah takk nya. Pergi mana-mana je , mesti dia akan hantar mesej . Kata . Ada mana ? Jaga diri . Ahaa . Yang paling best kan , Lyssa kalau Lyssa naik moto nak ke mana-mana kan , mesti dia ada untuk teman Lyssa . Dia akan ikut dan teman Lyssa dari belakang dengan motor dia..sampai ke tempat yang Lyssa pergi tulah.. Sampai depan rumah pun dia akan hantar. Itu maknanya , dia selalu memastikan korang berada dalam keadaan selamat :)


Menganggap kekasihnya orang yang paling dipercayai
Best kan kalau boy kita tuh  , percaya dekat kita ?? Tanda lelaki itu percaya dekat kita , dia akan luahkan isi hati dan masalah hidup dia dekat kita . Tak kiralah , masalah keluarga ke , masalah dengan member dia ke , masalah dekat tempat kerja dia ke.. Asalkan dia cerita dekat kita. Sebab dia tahu kita lah orang yang paling dipercayai nya dan yakin kita boleh tolong menyelesaikannya :)

Meluangkan banyak masa dengan kekasihnya
Boy yang meluangkan banyak masa dengan kita , menunjukkan , dia benar-benar sayang pada kita . Dia akan sanggup bersabar menunggu kekasihnya. Macam Lyssa , dia balik je keje , terus jumpa Lyssa . Kadang-kadang , malam pun dia sanggup datang rumah Lyssa .. semata-mata nak jumpa or sembang2x. Ahaa ~ <<Pencinta yang Hebat

petals...

I'm Pipie Panini ,18 years old .Malaysian. 09 December 1994 was the date i born in this world . Love soft color . Want to know more about me click the navi or add me up .

Website: FacebookTwitterTumblr




archives

♣kata-kata cinta
♣mutiara cinta
♣5 love of pearls
♣SAYANG MEREKA..
♣KERETA IDAMANKU
♣4 Perkara untuk sihat
♣10 tanda ucap 'I LOVE YOU'
♣Tanda-tanda boyfriend anda pencita yang hebat
♣TUESDAY 25 JANUARY 2012
♣tahun 2012



archives
· 11/27/11
· 12/06/11
· 12/07/11
· 12/30/11
· 12/31/11
· 01/24/12
· 01/28/12
· 01/30/12
· 04/14/12
· 04/23/12


Tagboard
Your tagboard here

links
AppleAmyClaudiaDeniseHYJia XingKim NgLetthaLindaLisaMaryRanaRainyVans


credits
Designer; | Pipie Panini.
Coding help;Rainy Martini.